Ahad, April 25, 2010

PESONA PERINGKAT N9


TARIKH : 1 MEI 2010
MASA : 8.30 pagi - 6.00 petang
TEMPAT : Plaza Mara, Ampangan, Negeri Sembilan




ACARA :

1. Pertandingan nyanyian : Solo dan berkumpulan
2. Ekspo Aura Ungu : Pameran berkaitan NISA, jualan makanan dan pakaian


Orang ramai tidak kira pelbagai usia dan kaum dijemput hadir. Pertandingan nyanyian hanya dibuka kepada kaum hawa sahaja.

** Juara akan mewakili negeri ke peringkat nasional yang akan diadakan pada 21 & 22 Mei 2010.


Selasa, April 13, 2010

PESONA NISA' Rembau

Tahniah kepada adik-adik Nisa' Rembau yang telah berjaya menganjurkan Program PESONA NISA' di Masjid Bandar Baru Senawang. Program ini adalah untuk mencungkil bakat Muslimah remaja yang berpotensi dalam bidang nyayian untuk diketengahkan melalui saluran yang dibenarkan syarak.


Terpegun melihat adik2x yang mempunyai bakat menyanyi yang cukup baik dan suara mengalahkan Waheeda dan penyanyi-penyanyi popular yang lain. Sebelum ini muslimah yang bertudung , tidak mempunyai platform untuk menzahirkan bakat mereka yang ada. Dalam waktu yang sama ada 3orang panel juri yang memberi respon secara terus selepas setiap peserta habis menyampaikan persempahan.... ala2 Akademik Fantasia tetapi berkonsepkan hiburan Islam.

Melalui program PESONA NISA' ini, adik2x remaja Muslimah dapat diperjelaskan lagi bahawa menyanyi itu dibolehkan dalam Islam selagi tiadanya perkara2x yang boleh mengharamkannya seperti nyanyian yg lagha, percampuran antara lelaki dan perempuan, suara wanita dipertontonkan, tabaruj dll yang melanggar batas syarie.


Pemenang bagi kategori solo dan kumpulan peringkat Rembau ini akan bertanding mewakili kawasan di peringkat negeri pula. Tahniah sekali lagi kepada Nisa' Rembau dan terima kasih kepada Pn Hjh Ciana, Pn Hjh Rasyidah dan AJK yang terlibat secara lansung dan tak lansung. Teruskan hiburan Islam sebagi satu alternatif dan platform dakwah untuk generasi muda.

Sumber : http://nurmutiara.blogspot.com/

Ahad, Mac 07, 2010

Maulidur Rasul 1431H

Assalamualaikum sahabat-sahabatku….

Dikala sibuk menjalani aktiviti harian dan melaksanakan tanggungjawab kerja, teringat Maulidur Rasul hampir tiba….

Di kesempatan ini, saya dan saf pimpinan Nisa’ Negeri Sembilan ingin mengucapkan selamat bercuti sempena Sambutan Maulidur Rasul. Sahabat-sahabat yang ku kasihi, marilah kita menghayati dan menyelusuri sejarah Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW. Perarakan yang kita sering sertai perlulah diiringi dengan penghayatan yang menyeluruh di dalam kehidupan kita.

Sahabat-sahabat yang ku kasihi,
Marilah kita hidupkan sunnah di dalam kehidupan seharian kita dan biarlah darah merah yang mengalir di dalam diri kita masih diberi peluang oleh Allah ini dipenuhi dengan zikir selawat ke atas Nabi Muhammad serta zikir mengagungkan nama-nama Allah.

Bagi sahabat yang masih belajar, jadikanlah Nabi Muhammad sebagai idola untuk menuntut ilmu. Jika sahabat adalah seorang ibu, semaikanlah sunnah Nabi di dalam keluarga kita dan jika sahabat adalah seorang pendidik, mualilah dengan bibit-bibit agar mencintai Rasulullah…insyaAllah, segala fitnah dan maksiat dunia siber kini boleh dielak dengan mudah.

Ungkapan “Ummati,Ummati,Ummati” oleh Rasulullah cukup menyayat hati bagi sesiapa yang merenung kalimah tersebut. Sehubungan dengan itu, sambutlah Maulidur Rasul kali ini dengan penuh keinsafan dan memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

Pak Mamat jual ikan,
Ikan dijual di pasar tani,
Sunnah Nabi mesti di semaikan,
Agar hidup manusia Allah Berkati.


Salam Ukhuwwah,

Pn Suraya Liza bt Rosli
Pengarah Nisa’ Negeri Sembilan.

Selasa, Januari 19, 2010

KAU ’10

PERTANDINGAN SUARA NISA’ 2010 sempena KONSERT AURA UNGU 2010

(KAU ’10) anjuran NISA’ MALAYSIA



1. Pertandingan adalah terbuka kepada wanita warganegara Malaysia berusia 15 tahun hingga 40 tahun. Salinan asal My Card hendaklah dibawa untuk pengesahan ketika menghadiri peringkat ujian.

2. Pertandingan ini tebahagi kepada dua (2) kategori pertandingan iaitu kategori nyanyian solo dan kategori nyanyian berkumpulan.

3. Peserta dikehendaki menyanyikan dua (2) buah lagu dimana salah satu lagu wajib di dalam Bahasa Malaysia. Terdapat tiga (3) peringkat pertandingan iaitu:

a. Peringkat kawasan :
Peserta perlu memilih dua buah lagu sendiri dengan menggunakan CD minus-one atau karaoke.
b. Peringkat Negeri :
Peserta perlu memilih dua buah lagu sendiri dengan menggunakan CD minus-one atau karaoke.
c. Peringkat Nasional :
Peserta perlu memilih sebuah lagu sendiri dan sebuah lagu lagi akan dipilih oleh pihak penganjur.

4. Peserta dikehendaki mematuhi garis panduan nyanyian seperti berikut:

a. Tema lagu atau nyanyian yang dibolehkan adalah yang berunsurkan nasihat, kemanusiaan, kerohanian dan ketuhanan.
b. Lirik lagu mestilah tidak mengandungi sebarang unsur syirik, lucah, yang melanggar norma kemanusiaan, yang memberahikan dan yang berunsurkan pemujaan manusia.
c. Penyampaian lagu tidak boleh digayakan dengan gerak badan yang menggambarkan unsur-unsur syirik, lucah dan melanggar norma kemanusiaan.
d. Pakaian dan penampilan mestilah menutup aurat, tidak mencolok mata, tidak menggambarkan unsur-unsur syirik, lucah, dan yang melanggar norma kemanusiaan.
e. Lagu-lagu berirama heavy metal dan hard rock tidak dibenarkan.

5. Pihak penganjur berhak menolak lagu yang difikirkan kurang sesuai untuk pertandingan.

6. Peserta dan mereka yang pernah membuat rakaman dengan mana-mana syarikat rakaman (recording artist) tidak layak menyertai pertandingan ini.

7. Bagi kategori nyanyian berkumpulan:

a. Bilangan ahli kumpulan adalah minimum lima (5) hingga 12 orang termasuk pemain muzik.
b. Konsep nyanyian yang dibenarkan ialah band, percussion, minus-one, karaoke, dan acapella.

KEPUTUSAN JEMAAH HAKIM ADALAH MUKTAMAD

P/s : Untuk peringkat negeri, setiap kawasan perlu menghantar wakil

Sabtu, Januari 16, 2010

Salam Tahun Baru Maal Hijrah 1431H dan 2010M

SELAMAT TAHUN BARU

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalammualaikumu w.b.t...

Selamat Tahun Baru Hijrah 1431H dan 2010 M buat sahabat-sahabt Nisa` N9

“Sesungguhnya syaitan – syaitan kecewa jika seseorang itu membaca doa akhir tahun dan awal tahun kerana tidak dapat mengganggu anak-anak adam”

Di dalam bingkisan ringkas ini ,ana ingat berkongsi dengan sahabat-sahabat Nisa` N9 betapa penting nya kita mengingati bulan Hijrah kita.

Kita mengakui Rasulullah sebagai ikutan dan Al Quran sebagai petunjuk tetapi adakah kita menjadikan Rasulullah dan Al Quran sebagai ikutan dan pegangan?

Sahabat Nisa` mercun dan bunga api mewarnakan langit pada malam 31/12/09 tetapi berapa ramai dikalangan kita yang membuat solat sunat atau amalan – amalan lain.Bukan mengenepikan dunia tetapi hari demi hari ,penghayatan “indahnya hidup bersyariat islam “semakin pudar.

Buat sahabat-sahabat Nisa` ,
Renunglah ,kitalah yang perlu merintis dan pecahkan semua itu jagalah hak Allah ,insyaallah ,Allah akan menjaga hak hambanya.

Di kesempatan ini ,ana mewakili AJK Nisa` ingin mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang menyokong aktiviti yang telah dijalankan sepanjang 2009-2010.Siapalah Nisa` N9 tanpa mu....

Buang yang keruh , ambil yang jernih .Teguran membina amatlah dialu-alukan dari sahabat-sahabat untuk meningkatkan kualiti Nisa` N9.

Alhamdulillah , Nisa` N9 dapat menyambut awal hijrah dengan program “Masih Ada Yang Sayang " iaitu menyapu kepala dan memberi sumbangan kepada anak-anak yatim di Seremban bersempena tarikh 10 Muharam 1431.


Suraya Liza Rosli
Pengarah Nisa' N9
2009/2010

***Disebabkan beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan, perutusan kalam dari pengarah nisa' n9 ini agak lewat untuk dikongsi bersama.Harap maaf atas kelewatan. Walau bagaimanapun belum terlewat untuk kami mengucapkan Selamat Tahun Baru Maal Hijrah 1431 dan 2010M untuk semua terutama kepada sahabat-sahabat seperjuangan dan golongan remaja (nisa') sekalian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...