Selasa, Januari 19, 2010

KAU ’10

PERTANDINGAN SUARA NISA’ 2010 sempena KONSERT AURA UNGU 2010

(KAU ’10) anjuran NISA’ MALAYSIA



1. Pertandingan adalah terbuka kepada wanita warganegara Malaysia berusia 15 tahun hingga 40 tahun. Salinan asal My Card hendaklah dibawa untuk pengesahan ketika menghadiri peringkat ujian.

2. Pertandingan ini tebahagi kepada dua (2) kategori pertandingan iaitu kategori nyanyian solo dan kategori nyanyian berkumpulan.

3. Peserta dikehendaki menyanyikan dua (2) buah lagu dimana salah satu lagu wajib di dalam Bahasa Malaysia. Terdapat tiga (3) peringkat pertandingan iaitu:

a. Peringkat kawasan :
Peserta perlu memilih dua buah lagu sendiri dengan menggunakan CD minus-one atau karaoke.
b. Peringkat Negeri :
Peserta perlu memilih dua buah lagu sendiri dengan menggunakan CD minus-one atau karaoke.
c. Peringkat Nasional :
Peserta perlu memilih sebuah lagu sendiri dan sebuah lagu lagi akan dipilih oleh pihak penganjur.

4. Peserta dikehendaki mematuhi garis panduan nyanyian seperti berikut:

a. Tema lagu atau nyanyian yang dibolehkan adalah yang berunsurkan nasihat, kemanusiaan, kerohanian dan ketuhanan.
b. Lirik lagu mestilah tidak mengandungi sebarang unsur syirik, lucah, yang melanggar norma kemanusiaan, yang memberahikan dan yang berunsurkan pemujaan manusia.
c. Penyampaian lagu tidak boleh digayakan dengan gerak badan yang menggambarkan unsur-unsur syirik, lucah dan melanggar norma kemanusiaan.
d. Pakaian dan penampilan mestilah menutup aurat, tidak mencolok mata, tidak menggambarkan unsur-unsur syirik, lucah, dan yang melanggar norma kemanusiaan.
e. Lagu-lagu berirama heavy metal dan hard rock tidak dibenarkan.

5. Pihak penganjur berhak menolak lagu yang difikirkan kurang sesuai untuk pertandingan.

6. Peserta dan mereka yang pernah membuat rakaman dengan mana-mana syarikat rakaman (recording artist) tidak layak menyertai pertandingan ini.

7. Bagi kategori nyanyian berkumpulan:

a. Bilangan ahli kumpulan adalah minimum lima (5) hingga 12 orang termasuk pemain muzik.
b. Konsep nyanyian yang dibenarkan ialah band, percussion, minus-one, karaoke, dan acapella.

KEPUTUSAN JEMAAH HAKIM ADALAH MUKTAMAD

P/s : Untuk peringkat negeri, setiap kawasan perlu menghantar wakil

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...