Sabtu, Januari 16, 2010

Salam Tahun Baru Maal Hijrah 1431H dan 2010M

SELAMAT TAHUN BARU

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalammualaikumu w.b.t...

Selamat Tahun Baru Hijrah 1431H dan 2010 M buat sahabat-sahabt Nisa` N9

“Sesungguhnya syaitan – syaitan kecewa jika seseorang itu membaca doa akhir tahun dan awal tahun kerana tidak dapat mengganggu anak-anak adam”

Di dalam bingkisan ringkas ini ,ana ingat berkongsi dengan sahabat-sahabat Nisa` N9 betapa penting nya kita mengingati bulan Hijrah kita.

Kita mengakui Rasulullah sebagai ikutan dan Al Quran sebagai petunjuk tetapi adakah kita menjadikan Rasulullah dan Al Quran sebagai ikutan dan pegangan?

Sahabat Nisa` mercun dan bunga api mewarnakan langit pada malam 31/12/09 tetapi berapa ramai dikalangan kita yang membuat solat sunat atau amalan – amalan lain.Bukan mengenepikan dunia tetapi hari demi hari ,penghayatan “indahnya hidup bersyariat islam “semakin pudar.

Buat sahabat-sahabat Nisa` ,
Renunglah ,kitalah yang perlu merintis dan pecahkan semua itu jagalah hak Allah ,insyaallah ,Allah akan menjaga hak hambanya.

Di kesempatan ini ,ana mewakili AJK Nisa` ingin mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang menyokong aktiviti yang telah dijalankan sepanjang 2009-2010.Siapalah Nisa` N9 tanpa mu....

Buang yang keruh , ambil yang jernih .Teguran membina amatlah dialu-alukan dari sahabat-sahabat untuk meningkatkan kualiti Nisa` N9.

Alhamdulillah , Nisa` N9 dapat menyambut awal hijrah dengan program “Masih Ada Yang Sayang " iaitu menyapu kepala dan memberi sumbangan kepada anak-anak yatim di Seremban bersempena tarikh 10 Muharam 1431.


Suraya Liza Rosli
Pengarah Nisa' N9
2009/2010

***Disebabkan beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan, perutusan kalam dari pengarah nisa' n9 ini agak lewat untuk dikongsi bersama.Harap maaf atas kelewatan. Walau bagaimanapun belum terlewat untuk kami mengucapkan Selamat Tahun Baru Maal Hijrah 1431 dan 2010M untuk semua terutama kepada sahabat-sahabat seperjuangan dan golongan remaja (nisa') sekalian.

1 ulasan:

Atriza berkata...

Assalamualaikum Warahmatullah.

Moga sekaliannya senantiasa dalam Rahmat dan Redha Allah senantiasa, Amin Ya Rabbal `alamin.

"Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan Iaitu Kitab suci Al-Quran Yang bersamaan isi kandungannya antara satu Dengan Yang lain (tentang benarnya dan indahnya), Yang berulang-ulang (keterangannya, Dengan berbagai cara); Yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang Yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk Dengan Al-Quran itu kepada sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa Yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya Yang salah), maka tidak ada sesiapa pun Yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadaNya." [Az-Zumar : 23]

Fikirkanlah sahabat-sahabat sekalian..

Secara jujurnya, ana tidak menyetujui malah 'memboikot' program ini. buatlah selain yang ini dan tidak bertentangan dengan syariat, insya`allah ana sokong.

Hayati dan mengertikanlah kitab ini.. Moga segala yang kalian telah persiapkan untuk acara itu, disalurkan ke jalan yang lebih manfaat dan diredhai Allah.

Judul buku : Kasyful Ghithaa’ ‘An Hukmi Samaa’i Ghinaa’

Penulis : Ibnu Qayyim Al-Jauziyah

Penerbit : Darul Haq, Jakarta

Tahun cetakan : (Cetakan I)Muharram 1422 H/ April 2002 M

"Moga Allah senantiasa tunjukki hati-hati kita yang lalai dan leka ini, Amin Ya Rabbal `alamin"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...