Khamis, Disember 04, 2008

Dari Kami..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillahi Rabbil `alamin, ana berkesempatan mengisi ruangan yang lama tak di isi ini. Semoga sekalian rakan seperjuangan NISA`, Muslimat juga yang sama berjuang menegakkan Agama Allah sihat dan senantiasa diberkati Allah Subhanahu Wa Ta`ala.


Terawalnya, mohon kemaafan di pihak ana mewakili tenaga perjuangan NISA` Negeri Sembilan kerana tidak kerap mengemaskini blog ini. Insya`allah moga tahun baru 1430 Hijrah akan datang lebih memberi konsisten pada pihak kami untuk sentiasa mengetengahkan segala yang dilalui mahupun yang didikuti dikongsi bersama di ruangan ini. Moga segalanya dipermudahkan.


Selain itu besarlah harapan ana bagi pihak sekalian ajk NISA` Negeri Sembilan, mengajak remaja-remaja wanita Islam untuk turut sama berjuang bersama NISA` Negeri Sembilan. Moga dengan ini kita dapat menyumbang pelbagai dari sudut tenaga mahupun buah fikiran. Moga perkara ini dipandang baik oleh sekalian ahli-ahli muslimat. Kita realisasikan perjuangan ini bersama.


Sebarang usulan mahupun cadangan silalah kemukan ke email nisanegerisembilan@yahoo.com


:: Salam Perjuangan.::

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...