Sabtu, Disember 13, 2008

'Tragedi' Disember... :)

19-21 (Jum-Ahad) : Makes Camp. Butiran lanjut, sila klik sini
20 (Sabtu) : Kem Anak Soleh bersama Nazrey Raihan & Nurdeen Mgt
20-21 (Sabtu-Ahad) : Latihan Dakwah Lapangan (LANDAS)
22-24 (Isnin-Rabu) : Kem Remaja Islam
26-29 (Jum-Isnin) : Latihan Aktivis Dakwah Lapangan Isu2 Sosial(LANDAS)

1. Kem Anak Soleh bersama Nazrey Raihan dan Nurdeen Mgt
  • Tempat : Surau As-Sobirin, Taman Tuanku Jaafar Fasa 3
  • Masa : 8 pagi - 6 petang
  • 7 orang faci samada L @ P diperlukan
  • Sekiranya berminat menjadi faci, sila nyatakan nama penuh serta IC dan hantar ke nombor 017-3727252

2. Latihan Dakwah Lapangan (LANDAS)

  • Tempat : PDS Resort Port Dickson
  • Masa : 8 pg (20hb) - 5 ptg (21hb)
  • 30 orang sukarelawan diperlukan (L @ P)
  • Maklumat lanjut tentang LANDAS, sila klik sini
  • Sesiapa berminat menjadi sukarelawan, sila hubungi 012-6845637

3. Kem Remaja Islam anjuran MAIWP

  • Tempat : PDS Resort Port Dickson
  • Masa : pg - ptg
  • 15 orang faci diperlukan (L @ P)
  • Sekiranya berminat menjadi faci, sila hubungi 017-3727252

4. Latihan Aktivis Dakwah Lapangan Isu2 Sosial : Teori & Praktikal

  • Tempat : INTAN Perak
  • Masa : pg -ptg
  • Terhad kepada 50 orang sukarelawan sahaja (L@P)
  • Daftar segera kepada nombor berikut 012-6845637




UBNI

Alhamdulillah..pd 11.12.2009 (khamis) telah disepakati oleh ijma' nisa' n9 :)
untuk menetapkan satu waktu khas UBNI (Usrah Bulanan Nisa') yang perlu diberi perhatian khas oleh semua warga nisa' n9...

Hari : Khamis
Masa : 8.08 malam
Tempat : Taman Coral Height

Silibus yang akan digunapakai:
  1. Tafsir Al-Quran
  2. Maza Ya'ni - Fathi Yakan
  3. Muslimah : Pendidikan, Kekeluargaan dan Perjuangan - Asiah Ali
  4. Tazkiyatun Nafs : Khusyu' dalam Solat - Tuan Guru Nik Aziz
  5. Fiqh Al- Sirah 1 -Muhammad Sa'id Ramadhan Al-Buthi

*Usrah akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pengurus UBNI - 013-2069775

*Sebarang aktiviti/metod usrah yang lain akan dimaklumkan mengikut kesesuaian masa dan tempat.Sebarang komentar mengenai masa dan cadangan buku,sgt dialu2kan oleh sesiapa sahaja.

Ahad, Disember 07, 2008

Khamis, Disember 04, 2008

Masih Belum Terlambat Walau Mungkin Terlewat


MUHAMMAD AMMAR BIN MOHD DZUHA

Mungkin agak telat untuk kami membuat ucapan terbuka ini, namun kami rakan seperjuangan NISA` Negeri Sembilan tetap ingin mengucapkan TAHNIAH kepada Ukht Ainul dan Akh Dzuha atas kelahiran cahaya mata pertama ini.

Moga empunya nama Ammar ini menjadi anak soleh dan senantiasa berjuang menegakkan Agama Allah di muka bumi ini, insya`allah

Semoga Ukht Ainul sekeluarga senantiasa sihat dan diberkati Allah senantiasa. Khabarnya masih bercuti lagi ya..


TAHNIAH Ukht & Akh

"Bila ye rombongan NISA` akan membuat ziarah ke rumah Ukht Ainul ini ya?? Harap ada muafakatnya, insya`allah.."

Sekadar ingin memberitahu, Ukht Ainul ini adalah ajk NISA Negeri Sembilan. Memegang jawatan sebagai Ketua Unit Kerjaya

Gambar cute ini ihsan dari friendster Ukht Ainul

Dari Kami..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillahi Rabbil `alamin, ana berkesempatan mengisi ruangan yang lama tak di isi ini. Semoga sekalian rakan seperjuangan NISA`, Muslimat juga yang sama berjuang menegakkan Agama Allah sihat dan senantiasa diberkati Allah Subhanahu Wa Ta`ala.


Terawalnya, mohon kemaafan di pihak ana mewakili tenaga perjuangan NISA` Negeri Sembilan kerana tidak kerap mengemaskini blog ini. Insya`allah moga tahun baru 1430 Hijrah akan datang lebih memberi konsisten pada pihak kami untuk sentiasa mengetengahkan segala yang dilalui mahupun yang didikuti dikongsi bersama di ruangan ini. Moga segalanya dipermudahkan.


Selain itu besarlah harapan ana bagi pihak sekalian ajk NISA` Negeri Sembilan, mengajak remaja-remaja wanita Islam untuk turut sama berjuang bersama NISA` Negeri Sembilan. Moga dengan ini kita dapat menyumbang pelbagai dari sudut tenaga mahupun buah fikiran. Moga perkara ini dipandang baik oleh sekalian ahli-ahli muslimat. Kita realisasikan perjuangan ini bersama.


Sebarang usulan mahupun cadangan silalah kemukan ke email nisanegerisembilan@yahoo.com


:: Salam Perjuangan.::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...