Selasa, April 29, 2008

Program Membina Usahawan Muslim 2 MEI 2008

Program Membina Usahawan Muslim Cemerlang
Produk kesihatan, makanan dan minuman keluaran Usahawan Muslim jenama terkenal

Bersama :
YB Tn Hj Mohd Taufek Abd Ghani – ADUN Paroi
Ustaz Zahir Ghazali – Ketua Pemuda PAS Kawasan Merbok

Jumaat 2 Mei 2008 – Jam 8:30 malam
Di PASTI As Saadah, Gedung Lalang 162, Ampangan, Seremban
Anjuran Lajnah Ekonomi Dewan Pemuda PAS N.Sembilan

mari kita sertai.. moga bermanfaat dan diredhai Illahi, insya`allah

Isnin, April 28, 2008

Tanggungjawab Sekalian

SEBAGAI seorang muslim sekaligus beriman dengan apa yang telah diajarkan kepada kita melalui perantara Rasul yang mulia, seharusnya kita cepat peka serta sensitif terhadap apa jua permasalahan berkaitan Addinul Islam.

Walaupun karier sebagai doktor, peguam, arkiktek atau sektor korporat menjadi profesion namun sama sekali tiak boleh kita jadikannya alasan mengapa kita tidak mampu menerajui kepemimpinan mendaulatkan kandungan al-Quran serta Sunnah Rasul dalam sesebuah pentadbiran.

Dalam surah Al-Maidah ayat 44 yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak menghukum sesuatu berdasarkan apa yang diturunkan oleh Allah maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir." Perlu diingat, walau langit mana sekalipun kita terokai, walau bumi mana sekalipun kita jelajahi, walau lautan mana sekalipun kita renangi, namun kita tetap merupakan hamba kepadaNya.

Begitu juga dalam mengedalikan setiap amanah yang diberi, kita tidak boleh sewenang-wenangnya menyisihkan intipati al-Quran dan Sunnah dalam apa jua amalan duniawi maupun ukhrawi. Surah Al-Maidah itu jelas menyatakan barangsiapa menghukum atau mereka cipta enakmen undang-undang selain yang telah Allah perintahkan maka mereka termasuk golongan orang-orang yang kafir.

Segelintir masyarakat kita hari ini mungkin masih tidak mengetahui dan keliru dengan diri masing-masing. Bagi yang berpendidikan aliran agama atau individu yang giat mengikuti kelas pengajian serta aktif dalam jemaah, hadaf atau tujuan kita diutus ke dunia jelas dan nyata. Kesedaran yang mendalam ke arah pentingnya mengubah diri dan masyarakat sekitar adalah tanggungjawab semua.

Namun, tiada gunanya juga andai masyarakat telah sedar tapi kepala negara masih di awangan, tidak berpijak di bumi nyata. Fikrah yang menjadi teras sesebuah pemerintahan serta didokong dan disepakati amat penting dalam memastikan keamanan, keharmonian, kesejahteraan milik bersama.

Mari kita renungi bersama firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud:
"Tatkala Tuhan engkau berkata kepada Malaikat, sesungguhnya Aku hendak menjadikan di bumi seorang Khalifah." Dalam surah Az-Zariyat ayat 56 bermaksud: "Tidaklah Aku menjadikan Jin dan Manusia itu melaikan untuk beribadat dan menyembah Ku."

Jika dibuat perbandingan, Umara' lebih berpengaruh serta lebih dihormati lantaran gelaran ketua yang tersangkut di bahunya. Ulama' pula berperanan selaku orang kedua yang sentiasa mengiringi Umara' dalam apa jua aspek terutama sekali sebagai penasihat terulung.

Memang serasi antara kata Umara' serta Ulama' saling bantu membantu, faham memahami serta bertolak ansur dalam menangani permasalahan negara yang dipimpin. Kini, apa yang berlaku umpama langit dan bumi.

Biarpun Umara' sentiasa diapit Ulama' namun kita masih tidak dapat memastikan sejauh mana Ulama' berjaya menasihati Umara' dalam menyelesaikan konflik negara. Ibarat nakhoda sesebuah kapal, apa sahaja kata yang terbit darinya pasti itulah hitam putih seluruh rakyat jelata.

Sebelum meneruskan perbincangan dua karektor Umara' dan Ulama' ini, renungilah dahulu sabda junjungan besar Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya yang bermaksud:
"Dua jenis manusia; bila dua jenis manusia ini baik, maka baiklah sekalian manusia. Andai dua jenis manusia ini jahat, maka semua manusia itu jadi buruk (dua golongan yang dimaksudkan) iaitu ulama' dan umara'- ulama' ialah orang yang berilmu, manakala umara' ialah pemimpin.
"Tanggungjawab, amanah yang dipikul oleh setiap pemimpin pasti tidak terlepas untuk disoal di akhirat kelak. Sehingga kini kita masih lagi tidak menyedari kebenaran yang telah dijanjikan Allah pada kita. Setiap gerak hati terlintas menjadi perkiraan. Niat yang baik mendapat ganjaran sebelum perbuatan manakala niat yang buruk tertangguh sebelum segala amalan terlaksana.

Dalam mengejar kemewahan, kekayaan serta kesenangan, amanah yang diberi automatik terpinggir sendiri. Tanpa rasa berdosa menyalahgunakan kepercayaan rakyat untuk meningkatkan penampilan diri. Jika difikir secara lebih mendalam dan rasional, golongan seumpama ini telah menebalkan muka dihukum setimpal dengan penyelewengan yang mereka kehendaki.

Umara' yang baik sentiasa ingat akan dosa jika tersalah membuat perhitungan. Mereka lebih takutkan Allah serta amanah yang diberi dari sibuk mengecap kesenangan dunia. Mereka sedar janji Allah adalah benar dan walau sezarah pun akan tetap diambil kira. Begitu juga dengan Ulama'.
Mereka bukan sahaja berperanan dalam membaiki kelemahan serta menampal kerosakan dalam pemerintahan, bahkan mereka termasuk golonmgan paling berat tanggungan di akhirat. Mengapa? Tentu sekali kita tahu bahawa selangkah sebelum kaki menjejak pintu Syurga kita ditanya tentang sejauh manakah telah terlaksana pengajaran dalam menyedarkan masyarakat pentingnya beragama dalam kehidupan. Andai masih ada golongan yang tidak memahami, maka kita akan terlewat dalam menikmati aroma syurgawi.

Justeru itu, mulai saat dan tika ini kita haruslah menanam keinsafan dan berusaha membina keyakinan dalam merealisasikan Islam dalam amalan seharian. Usah sesekali mengamalkan Islam sebahagian dan menolak sebahagian yang lain. Tenik yang telah pihak musuh rencanakan dalam menghancurkan Islam perlu kita ketahui untuk memudahkan kita mencari inisiatif lain menyerang balas kekejaman mereka.

Semoga segala niat baik akan mendapat pengiktirafan dari Allah dan akan dapat membantu kita menangani mereka berpandukan apa yang yang telah Rasulullah s.a.w. praktikkan di waktu lalu. Setiap usaha berlatar belakangkan kalimah Tauhid yang suci tetap memperoleh kejayaan, walau bukan di dunia pasti di akhirat kita tak akan hampa, insya`allah..

Khamis, April 24, 2008

Tsabat ( Teguh Pendirian )

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Salam jihad, salam perjuangan buat sahabat-sahabat yang senantiasa di landasan kebenaran dan hak. Moga selamanya nikmat iman dan islam kita kecapi, sebagai kekuatan serta kesinambungan penerus perjuangan Nabi Salallahu Alaihi wasallam, insya`allah...

Imam Syahid Hasan Al-Banna menyebutkan bahawa orang yang tsabat adalah orang yang senantiasa bekerja dan berjuang di jalan dakwah yang panjang sampai hingga kembali kepada Allah dengan kemenangan, baik kemenangan dunia mahupun mati syahid.

(QS:Al-Ahzab:23,Ali-Imran:200)

Sesungguhnya jalan dakwah yang kita tempuh adalah jalan yang panjang dan ditaburi dengan halangan dan rintangan yang berpanjangan, rayuan dan godaan silih berganti tiba tak kira masa. Karena itu, dakwah memerlukan orang-orang yang memiliki muwashafat 'aliyah, yaitu orang-orang yang ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam bekerja, berjuang dan berkorban.

Di antara realiti dakwah, kita akan selalu berhadapan dengan musuh dakwah di setiap ketika perjalanan penjuru kehidupan. Di masa awal dakwah, Rasulullah dan sahabat berhadapan dengan Kafir Quraisy. Di tengah perjalanan dakwah pertama, Rasulullah Salallahu Alaihi wasallam dan sahabat berhadapan dengan Yahudi dan Kafir Arab dan di akhir perjalanan dakwahnya menghadapi demikian juga dan bertambah hebat. Para sahabat selepas kewafatan Rasulullah juga menghadapi musuh dakwah. Para Salafus Solih juga menghadapi tantangan dan rintangan dalam menerapkan ajaran Islam ke pelosok ummat.

Kita dapat melihat ketsabatan Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam ketika baginda mendapat tawaran lumayan agar meninggalkan Dakwah Islam, tentunya dengan beberapa kemewahan, kekuasaan kekayaan atau wanita. Tetapi dengan tegas baginda berkata ungkapan keyakinan penuh dirinya hanya kepada Allah Subhanahu Wata`ala.

“ Wallahi, ya 'ammu lau wadha 'us syamsa fie yamini wal qamara fie yasari 'ala an atruka hadzal amra maa taraktuhu hatta yazh-harahullahu au ahluka dunahu ”

Ertinya:

"Demi Allah, wahai pamanku! seandainya mereka meletakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku agar aku meninggalkan dakwah, nescaya aku tidak akan meninggalkan perkara ini (Dakwah Islam) sebelum Allah memenangkannya atau semuanya akan binasa."

Di Madinah Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam. menjalin perjanjian dengan Yahudi, tetapi ketika mereka beberapa kali melanggar perjanjian tersebut, Rasulullah memerangi mereka dan mengusir mereka dari Kota Madinah. Baginda tidak terfikir untuk mengadakan perjanjian lagi atau bertolak ansur dengan Yahudi sebagaimana yang dilakukan oleh Pemimpin Autoritas Palestine sekarang yang selalu diperdaya mentah-mentah berulang kali dengan perjanjian perdamaian dan perundingan damai bersama Zionis Yahudi, la`natullah 'alaihim.

Khalifah Abu Bakar Siddiq, ketika banyak Muslimin Arab di sekitar Madinah murtad dari Islam menyatakan perang kepada mereka. ( Ada dua kemurtadan yang terjadi pada masa Abu Bakar Siddiq. Pertama murtad Kamilah, iaitu keluar dari Islam. Kedua adalah murtad dari menunaikan kewajiban membayar zakat yang pemah mereka keluarkan ketika Rasulullah masih hidup. Kedua jenis kemurtadan ini wajib diperangi oleh Khalifah dan Pemerintahan Islam). Menurut Ahli Tarikh, tertulis sekitar 1200 orang pejuang yang syahid dalam peperangan melawan orang-orang murtad. Tetapi Kaum Muslim tidak menyesali dengan apa yang mereka lakukan, meskipun mengorbankan nyawa yang tidak sedikit kerana telah berhasil mencegah daripada meluasnya gejala murtad ini. Mereka telah menyuburkan dakwah dengan darah syuhada. Betapa sikap tsabat mereka di Jalan Islam bukan hanya menjadi simpanan amal mereka di akhirat kelak, tetapi juga menjadi pelajaran dan contoh yang baik bagi umat Islam hingga akhir zaman.

Kita dapat saksikan juga peristiwa yang menimpa umat Islam pada zaman Khalifah AI-Mu'tashim Billah, iaitu fitnah atau cubaan "khalqul qur-an" ( doktrin yang menyatakan bahwa Al Quran adalah makhluk. Dengan fitnah ini banyak Kaum Muslimin terfitnah, ertinya mereka terikut doktrin yang sesat ini, kerana doktrin ini bertentangan dengan Akidah Islam yang benar bahawa Al Quran adalah Kalamullah ) Imam Ahmad bin Hambal teguh berdiri menghadapi cubaan tersebut dengan tegas mengatakan bahawa Al Quran ialah Kalamullah, bukan makhluk sebagaimana yang didoktrinkan oleh khalifah dan orang-orang yang berada di sekitar beliau, terutama Ibnu Abu Daud. Dengan tuduhan sesat dan menyesatkan kaum Muslimin itu, Imam Ahmad bin Hambal menerima hukuman penjara dan sebatan sebanyak 30 lebih ( riwayat lain mengatakan 80 sebatan ). Kalaulah bukan kerana sikap tsabat Imam Ahmad bin Hambal, tentunya banyak Umat Islam yang sesat dan kafir kerana mengakui bahawa Al Quran adalah makhluk. Ketsabatan beliau telah menyelamatkan sebagian umat Islam dari kesesatan akidah.

Demikian juga kita masih bisa merasakan teguhnya sikap Imam Syahid Hasan AI-Banna, Syahid Sayyid Qutb dan para da`i lainnya yang menolak segala bentuk kejahiliyahan dan kemungkaran yang dilakukan oleh pemerintah yang berkuasa.

Bagaimana pula dengan tindakan kita di zaman ini? Setelah dibina pelbagai agenda, perancangan mahupun strategi, teruslah bertindak dengan keteguhan yang jitu demi Agama Islam yang kita cintai. Jangan melengahkan lagi!

Ikhwati fillah....

Tika ini dakwah telah memasuki era di mana tentangan dan peluang sama-sama terbuka. Kebersamaan kita dengan dakwah juga membuat kita berada pada tentangan dan peluang yang sama. Kita dituntut untuk tsabat dalam keadaan apapun, sukar mahupun gusar, gembira atau berduka serta bahagia juga sengsara..

Kita hendaknya tetap berada di jalan-Nya dengan kesyukuran ketika mendapat peluang dan kesempatan untuk dakwah. Tetap di jalan-Nya dengan kesabaran ketika menghadapi rintangan dan cubaan dalam perjuangan dan dakwah.

(QS. Al Baqarah: 214)

Janganlah tika didatangi dengan kesusahan atau penderitaan, ditawari dengan kemegahan dan kekuasaan, segalanya berubah merta. Singkaplah ketulusan dan keikhlasan Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam dalam berjuang, baginda sedikitpun tidak mengharapkan kekuasaan, pangkat, kekayaan mahupun kesenangan dunia. Kalaulah tujuan dakwah adalah sedemikian, nescaya baginda sudah menerima tawaran kesenangan dari kaum Quraisy itu.

Kalaulah kita berdakwah ini semata-mata hanya mengharapkan kesenangan dan kemewahan, maka roh serta semangat perjuangan dakwah ini akan malap ketika harapan dan cita-cita bersama kekuasaan dan jabatan tika telah diraih. Motif dakwah yang seperti itu tidak akan mampu bertahan lama di setiap keadaan. la mungkin bertahan dalam keadaan kesempitan, kesusahan dan penderitaan. Tetapi ketika mendapat peluang dan kesempatan, maka kerja dakwah akan ditinggalkan kerana tujuan asalnya sudah diraih.

Betapa menyingkap kisah Umar bin Abdul Aziz ketika menjadi khalifah dapat menjadi contoh teladan. Beliau tidak tergoda dengan gaya hidup mewah. Akan tetapi beliau mengadakan reformasi ke seluruh jajahannya agar tidak berlakunya penyalahgunaan hak serta mengawal penggunaan negara dengan teratur dan sistematil lagi berstrategi.

Ikhwah fillah!

Tsabat tidak mengenal waktu, ketika dan tempat, di mana juga berada kita harus tetap mengusung misi dan visi dakwah, menyelamatkan umat manusia dengan mengajak mereka kembali kepada ajaran-Nya.

Sesungguhnya dakwah tidak membatasi keadaan seseorang seperti muda atau tua, kecil atau besar, miskin atau berharta. Kita tidak dituntut untuk melihat hasil baiknya ketika kita masih hidup. Mungkin anak cucu atau generasi kitalah yang akan mengecap hasil perjuangan kita yang Semarang ini. Sikap tsabat dan keteguhan kita di jalanNya dapat menjadi inspirasi ijabi ( positif ) bagi zuriat atau generasi kita. Kekeliruan dan kesalahan kita dalam berdakwah ini akan menjadi penyebab tertundanya tegaknya Khilafah Islamiyah di dunia kita ini. Utamakan kepada diri, keluarga, masyarakat, dan seterusnya hingga keseluruhannya.

Ketidak hadiran, dan ketidak terlibatan kita dalam setiap aksi yang dicanangkan dalam dakwah boleh menjadi penyebab tertundanya hasil yang sudah disasarkan. Marilah kita tingkatkan diri kita kepada dakwah dan bermujahadah untuk tsabat di jalan dakwah. Semoga Allah menjaga kita dan marilah kita syukuri nikmat ukhuwatul `amal fi sabilillah dengan menyiapkan diri menjadi pejuang-pejuang dakwah penegak yang Ma`aruf penghapus yang Mungkar di era atau zaman pemerintahan siapa pun, jangan takut jangan gentar. Apa yang pasti, setiap diantara pejuang-pejuang itu mengidamkan akhir hidup mereka adalah syahid. Insya`allah moga kitalah orangnya.Jihad Fi Sabilillah.

1429 Hijrah

Selasa, April 22, 2008

Santapan Rohani 1 : JeRaMi

"Umar r.a.hu kerap memegang sehelai jerami sambil berkata: "Alangkah baiknya kalau aku dapat menjadi jerami seperti ini." Kadang-kala dia berkata: "Alangkah baiknya kalau aku tidak dilahirkan oleh ibuku!"

Pada suatu ketika Umar sedang sibuk dengan urusan yang penting. Tiba-tiba datang satu hamba Allah dengan satu pengaduan yang berkehendakkan pembetulan. Oleh Umar dicemetinya orang itu dibahagian bahunya. Umar berkata: "Bila aku duduk hendak menerima pengaduan engkau tidak datang tetapi bila aku sibuk dengan urusan penting engkau datang menggangui aku."

Tanpa berkata apa-apa orang itu pun meninggalkan Umar. Sejurus kemudian ia dibawa kehadapan Umar sekali lagi. Sambil mengunjukkan cemeti tadi padanya Umar berkata: "Pukullah aku sebagai membalas perbuatan tadi." "Kata orang itu: "Saya mengampuni awak kerana Allah s.w.t."

Kekesalan Umar tidak dapat dibayangkan. Dengan cepat dia kembali kerumahnya lalu mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat. Dia mengkritik dirinya sendiri seperti berikut: "Wahai Umar, dahulu kedudukanmu rendah tetapi kini telah ditinggikan oleh Allah s.w.t.. Dahulu kamu sesat tetapi kini telah dipimpin oleh Allah s.w.t. dan Dia telah memberi kamu kuasa keatas hamba-hambaNya. Apabila salah seorang daripada mereka datang untuk mendapat keadilan ia dipukul dan disakiti. Apakah alasan yang hendak kamu berikan dihadapan Allah s.w.t.?"

Soalan ini dihadapkan kepada dirinya bukan sekali malah beberapa kali. Pada suatu malam Umar sedang meronda disuatu tempat dipersekitaran kota Madinah dengan hambanya Aslam. Tiba-tiba kelihatan cahaya api tidak jauh dari tempat mereka berada. Dia berkata: "Nun ditengah-tengah padang pasir nampaknya ada khemah, mungkin kepunyaan suatu khalifah yang tidak dapat memasuki kota kerana kegelapan malam. Mari kita uruskan perlindungan mereka."

Setibanya mereka ditempat perkhemahan itu, yang kelihatan hanyalah seorang perempuan dengan beberapa orang anaknya. Si ibu tadi sedang menjerang secerek air, sambil memberi salam dia meminta izin untuk mendekatinya.
Umar: "Mengapa kanak-kanak ini menangis"
Perempuan: Kerana mereka lapar"

Umar: "Apa yang ada didalam cerek itu?"

Perempuan: "Hanya air untuk memperdayakan mereka supaya mereka tidur dengan sangkaan yang makanan sedang disediakan untuk mereka. Ah, Allah s.w.t. akan mengadili pengaduanku terhadap Umar pada hari kiamat nanti kerana membiarkan aku didalam keadaan begini."

Umar:(Menangis) "Semoga Allah s.w.t. mengampuni kamu tetapi bagaimanakah Umar hendak mengetahui tentang penderitaan kamu!"

Perempuan:"Orang yang menjadi Amir patut tahu akan keadaan setiap rakyatnya."
Umar balik kekota dan terus ke Baitulmal. Dia mengisikan sebuah karung dengan tepung, buah tamar, minyak dan kain baju. Dia mengeluarkan juga sedikit wang. Apabila karung tadi telah penuh Umar pun berkata kepada Aslam: "Letakkan karung ini keatas belakangku Aslam"

Aslam: "Tidak, tidak, ya Amirul Mu'minin! Biar saya yang memikulnya"

Umar: "Apa! Adakah engkau yang akan memikuli dosaku dihari kiamat kelak? Aku terpaksa memikulinya kerana akulah yang akan dipersoalkan nanti mengenai perempuan ini"
Dengan perasaan serba salah Aslam meletakkan karung itu diatas belakang Umar. Dengan diikuti oleh Aslam dia telah berjalan dengan pantas menuju khemah perempuan itu. Dia memasukkan sedikit tepung, buah tamar dan minyak kedalam cerek tadi lalu mengacaunya. Dia sendiri meniup bara untuk menyalakan api. Kata Aslam: "Saya melihat asap mengenai janggutnya"

Sebentar kemudian makanan itu pun siaplah. Umar sendiri menghidangkan kepada keluarga miskin itu. Selepas kenyang perut kanak-kanak itu, mereka pun bermainlah dengan gembiranya. Melihat keadaan anak-anaknya, perempuan itu pun berkata:"Semoga Allah s.w.t. memberi ganjaran kepada kamu kerana kebaikan hatimu. Sesungguhnya kamu lebih layak memegang jawatan khalifah daripada Umar." Umar melipurkan hati perempuan itu lalu berkata: " Apabila kamu datang berjumpa dengan khalifah, kamu akan menjumpai aku disana."

Setelah melihat kanak-kanak itu bermain beberapa ketika, Umar pun beredar dari situ. Dalam perjalanan pulang Umar telah bertanya kepada Aslam:"Kamu tahu tak mengapa aku duduk disitu beberapa ketika?"Aku ingin melihat mereka bermain-main dan gelak ketawa kerana kesukaan setelah melihat mereka menangis kelaparan."

Mengikut riwayat ketika mengerjakan solat fajar Umar sering membaca SURAH "KAHF, TAHA" dan lain-lain surah yang hampir-hampir sama dengan surah-surah itu. Waktu inilah dia kerap menangis sehingga tangisannya jelas kedengaran beberpa saf kebelakang. Pada suatu subuh ketika membaca ayat SURAH "YUSUF" yang bermaksud:

"Hanya aku mengadukan kesusahanku dan kedukacitaanku kepada Allah".
(SURAH YUSUF-86)

Dia telah menangis teresak-esak sehingga tidak dapat meneruskan pembacaannya.

Wahai kaum muslimin, kisah-kisah Umar yang baru saja diceritakan sepatutnya dijadikan bahan rujukan oleh kita bersama. Umar diketahui umum merupakan kesatriaan Islam yang terkenal kerana gagah beraninya. Namanya saja sudah dapat mengecutkan perut pemusuh-pemusuh Islam. Namun demikian dihadapan Allah s.w.t. dia menangis ketakutan. Dimanakah seorang Raja atau Pemimpin negara yang bersedia menunjukkan belas rahimnya kepada seorang hamba rakyatnya yang hina seperti mana yang telah ditunjukkan oleh Umar? Demikianlah kesucian, kemurnian dan ketinggian sopan santun yang dikehendaki oleh Islam, Agama yang kita semua akui sebagai penganut-penganutnya.

Dipetik dari:TANBIHUL GHAFILIN

Ahad, April 20, 2008

Ahlan Wasahlan...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah terhasilnya blog Nisa Negeri Sembilan, dengan bertemakan Permulaan.. Perjuangan.. akan kami teruskan hingga ke akhirnya, insya`allah.

Bersamalah kita terajui perjuangan yang belum selesai. Mempertahankan segalanya, insya`allah..

Moga dengan adanya blog ini, dapatlah menjadi penghubung bersama generasi sekalian. Moga dipergunakan sebaiknya oleh warga remaja dan seangkatan khususnya di Negeri Sembilan ini dan amnya sekalian penziarah.

Terawal dan permulaannya, kami dahului dengan ahlan wasahlan. Moga sekaliannya sudi mengetengahkan segala yang bermanfaat untuk bersama. insya`allah.

salam permulaan, salam perjuangan..

"Simpati, Empati, Memperjuangkan Hak Asasi"

-Pengelola Pertama : SMNS- Lajnah Kaunseling-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...